Khamis, 8 Mac 2012

Mawar Berduri

Aku ingin jadi mawar berduri, sukarnya untuk dimiliki , susah untuk didekati ajnabi.. melainkan dengan cinta Allah yg hakiki dan dengan ketentuanNya. 

-aku ingin kongsikan sajak pertama yang ntah pape... (^_^)

Seteguh Mawar sejati

Muslimah sejati,
Kau bagaikan mawar mula mewangi
Harum di taman mekar di jambangan
Semerbak harummu menusuk kalbu
Ayuan merah kelopakmu menawan
Ibarat lambaian hijau daunan tenang.

Muslimah sejati,
Bagaikan Mariam a.s
Yang suci dari segala sentuhan
Bersih dari segala kesilapan
Tabah menghadapi ketentuan
Yang didambakan setiap insan.

Muslimah sejati,
Bagaikan Fatimah Az-zahra
Yang  menjadi lambang cinta suaminya
Menzahirkan ketaatan yang ikhlas
Menjadi benteng lambang ketabahan
Meruntuh ego kemungkaran

Muslimah Sejati
Lembut tubuhmu bersalut duri,
Membangkit hasad dengki sang flora
Menzahir gerun takut sang fauna
Hanya si kumbang sejati tiada gentar
Dipilih Ilahi untuk memilikimu.

Muslimah sejati,
Teruslah menjadi mawar yang menwangi
Jadilah duri yang melindungi diri
Teguh kerana agamamu
Taat kepada perintah Tuhanmu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan