Khamis, 8 Mac 2012

Aku dapat Hidayah..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, masih ada masa terluang untuk mencipta blog baru.. 

bersyukur kpd Allah kerana aku ditunjukkan jalan yang lurus, alhamdulillah.. 
indahnya mendapat hidayah.. 


hidayah  ialah petunjuk yg dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan yang sejati dan abadi di dunia dan akhirat. Allah juga mengurniakan hidayah kpd sesiapa yg dikehendaki, tetapi kita hendaklah berusaha utk mendapatkannya dgn syarat ianya benar-benar beriman...

Firman Allah: “Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas ayat 56).
Sebagaimana firman Allah S.W.T, hanya Dia sahaja yang dapat memberikan hidayah itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, bergantung kepada kita umat mukmin supaya berusaha untuk mendapatkannya atau kita hanya menanti sehingga hidayah itu kunjung tiba..

Cara memperoleh hidayah:

-Sentiasa membaca al-Quran dan menghayati kandungannya
-Istiqamah dalam melakukan ibadat wajib
-Melazimkan diri melakukan ibadat sunat seperti solat sunat dan puasa sunat
-Sentiasa berzikir kepada Allah swt
-Sentiasa berdoa memohon hidayah daripada Allah swt

Berusahalah untuk mendapat Hidayah..kerana Hidayah itu milik Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan