Dijadikan mereka dari tulang
rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi kalau lelaki sendiri
yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka... KAYU YANG
BENGKOK TIDAK AKAN MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS...
~Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah,
kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah... Didiklah mereka dengan
panduan dari-Nya.
~Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah
suisnya... JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, nanti mereka semakin
liar... Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka semakin
menderita... Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.... Hati serapuh
kaca, kuatkan dengan iman. ... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan
akhlak....
~Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....
~Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....
WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, pasti tidak
terhibur dan tidak menghiburkan... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan
sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan... LEBIH RAMAI
LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN daripada perempuan yang dirosakkan oleh
lelaki.... Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai
lelaki... Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan... Bila wanita
derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.... Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah
jantung, hati dan limpa....
Para lelaki pula JANGAN HANYA MENGHARAP KETAATAN,
tetapi binalah KEPIMPINAN... Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,
pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.... Jinakkan diri dengan Allah,
nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita... JANGAN MENGHARAP
ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...