Khamis, 8 November 2012

Luahan hati seorang teman..


Aku tak akan sekali2 menyesal dengan apa yg pernah terjadi antara kita, kerana aku yakin, Allah telah tentukan yg terbaik untuk kita, pengenalan 4 tahun bnyak mengajar erti  kehidupan ini. kau mengajar aku erti kedewasaan, erti  berdikari, erti keberanian dalam bertindak.. terima kasih abang, walaupun dirimu sudah pergi, ku doakan yg terbaik. Ujian Allah amat berat untuk kita, terutama dirimu. Dan aku tahu yg kau tahu, Allah sedang menguji kita, merubah kau mungkin.. kerana ujian ini jugalah aku yakin yg kau berubah keranaNYA. Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah. Tiada pengganti yg dpt menggatikanmu, kerana dirimu adalah dirimu, yg pernah berharga untuk diriku.. huhu.. ~serius, aku merindui segala2nya tentangmu, especially, perhatian dn sokonganmu sehingga ak terus blajar di peringkat master pd hari ini.. (T_T) air mataku mengalir saat ini, bukan kerana ditinggalkn, tp aku blum sempat meluahkn segala2nya tentang isi hatiku yg sebenar kpdmu…- =)

Selasa, 5 Jun 2012

Hebatnya Wanita kerana Allah..



Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka... KAYU YANG BENGKOK TIDAK AKAN MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS... 


~Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah... Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. 


~Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya... JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, nanti mereka semakin liar... Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka semakin menderita... Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.... Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. ... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.... 

~Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....


WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan... LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.... Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki... Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.... Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.... 

Para lelaki pula JANGAN HANYA MENGHARAP KETAATAN, tetapi binalah KEPIMPINAN... Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.... Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita... JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...

Isnin, 28 Mei 2012

Lafaz Sakinah itu...

Tahniah abg, kerana telah selamat melafazkan akad nikah di Masjid Kg. Pelet Pulau Pinang. Dengan debar aku menunggu lafazmu abg, melihat berdebarnye engkau disitu.. =P akhirnya, kak marsita telah mnjadi hak mutlak mu.. semoga mejadi suami yang soleh, bapa yang mithali.. dan ku harapkan perkahwinanmu ini berkekalan hingga ke syurga... sedih... terasa kehilangan abgku yg sorang. Pape pun, Tahniah bro!!!

Khamis, 26 April 2012

tiiitiiiikkk..

... ... ... titik-titik hitam..
. satu titik yang kecil mampu diserlahkan dengan permukaan yang putih..
betul kan?.. kain yang putih perlu dicorakkan..
oleh siapa?
ibu bapa? diri sendiri?
belajar untuk bijak berfikir,
isu yang kecil, hanya soal titik...
dan hanya kerana satu titik itu boleh hancurkan sebuah kehidupan..
titik apa ya?
-titik-titik noda- jaga hati, hiasi peribadi... selangkah kita tersilap, boleh patah balik, tapi keadaannya pasti akan berbeza...


Ahad, 22 April 2012

saya bahagia..

Sy sgt2 mencintai mereka, cinta yg diberikan Allah tulus suci dari hati sy untuk mereka... mereka ada bila sy menangis, mereka ada bila sy sakit, mereka ada bila sy keliru.. mereka ada bila sy gembira.. sy mencintai mereka.. sy berhenti mencintai yg bukan hak sy kerana Allah, juga kerana sy mencintai mereka, mereka yg bg sy kekuatan, bukan si dia... alhamdulillah, tanpa dia, sy tetap gembira dgn adanya mereka disisi..



Hari ni, kwn syorkan tudung labuh, trasa nak beli, kuat hati trtarik dgn kain 2.. akhirnya beli, adakah doa kembali brtudung labuh telah  dimakbulkan Allah, Ya Allah, hidayah 2 buat aku tenang..

Hidayah semakin hari, semakin ku rasai.. bermula putusnya hubungan sy dgn si dia, bukan kerana hlangnya rasa cinta, tetapi cinta Allah i2 melebihi dr segalanya, dan mungkin juga tiada jodoh. jika malam ni aku melihat bulan yg satu, aku juga mengharapkan dia melihat bulan tersebut.. bila aku mula kembali mendekatkan diri kpd Allah Tuhan yg satu, aku juga mngharapkan dia begitu... 
Berbalik kpd hidayah Allah, berlaku beberapa kjadian yg tak dijangka, berlaku pula khilangan hp, sy mula trfikir.. mungkin aku ada silap dgn Allah, mungkin amalan aku semakin berkurang..Allah nk uji bg aku sedar.. Ya Allah, Maha Suci Engkau, alhamdulillah.. hidayah Allah.. moga sy terus berada di jalanNya.. ameen..

Jumaat, 20 April 2012

Cik Pencuri

(T_T) handphone sy dicuri..
perasaan: sangat-sangat terklian...

sanggup cik pencuri ambik hp sy tanpa kebenaran.. apa salah saya pada cik pencuri ya?
berani cik pencuri masuk bilik sy dalam keadaan sy tidur.. cik pencuri tak takut kt Allah ke?

syaitan bertopengkan manusia ke cik pencuri ni? tak fikir kesusahan org lain, sy tak akan maafkan smpai bila-bila...!

Rabu, 18 April 2012

Tiramisu..




Nama Kek: tiramisu Saiful yg sedap.. (^_^).. tiap2 hari mengidam nk mkn kek..  

BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream 
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau nak)

~bak kata dia, fikir sendiri mcm mana nk buat~.. =P


mencapai aksara 20 tahun..


Cerita ayah mase sahabat seuniversiti @ kakak2ku dtg rumah cuti mid sem hari tu, dh 20 tahun tegak berdiri rumah ni di tanah peninggalan tok ayah ni.. dh tua sgt aku rasa.. setelah di renovate, masih nampak cantik..


cuti mid sem: Kiri, kanan, depan, belakang, atas, bawah, bumbung, lantai.. uhhh! rumahku dijajah lagi!.. ape2 pun yang aku buat terasa diperhatikan, jaga2 AIN!.. hehehe.. setelah sekian lama rumah di renovate, akhirnya telah menampakkan hasil yang begitu cantik bagi kami, meriahnyer mak ngah!.. ayah n mak telah berusaha untuk mencantikkan rumah kami, Alhamdulillah, walaupun tak semewah villa tetapi inilah syurga kami, tempat kami dibesarkan, sehinggalah aku dah nak mencapai 23 tahun.. 

Rezeki itu datangnya dari Allah, bersyukurlah kita dengan setiap apa yang Allah telah kurniakan. Segalanya hanya pinjaman semata2, datang dan kembalinya kita hanya kerana Allah dan kepada Allah s.w.t.
-rumah ni berkhidmat hanya di dunia, namun rumah ini akan dapat memberi kita bekalan untuk kehidupan di akhirat.."rumahku syurgaku"

Jumaat, 23 Mac 2012

Luka itu__-!


Kita Pernah Dilukai Dan Melukai..

Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”




Bertemakan satey!


Rasa teruk… kenapa? Telah merasai sesuatu yang bodoh.. why? Kerana tak sepatutnya berfikir sedemikian..  hai, satey kajang yang sedap, adakah kerana kamooo… itu lah ktentuan namanya kan? Dugaan, nak uji tahap keimanan aku. Ntah apakah perasaan ini. Cakap sampai melalut2, tak patut…tak patut.. tp………………………………………. Muka dia baik sangat ………………………......... Doa……………………………….. hmmmm..
Apakah semua ini…………………… heh! Perasaan! Sudah la kamooo.. jangan nak confusekn aku lagi.. 

Enak-enak satey kajang
Makan bersama teman sehati
Jangan-jangan sibuk memandang
Memandang-mandang teruna sejati.

~maksiat hati lor~




Rasa teruk ni pasti akan berakhir, pastinya hanya bersifat sementara.. kalau dia jodohku, tak akan ada yang dapat menghalang, kalau bukan dia jodohku, pergilah… =)  yang pasti kenangan kami di Haji Samuri Satey kajang membawa seribu makna.. ukhwah antara kami (athi,along n noorli) makin utuh dan teguh, bukan kerana adanya dia didepan, tetapi kerana Allah.. mybe Allah nak bagi kesedaran, jika inginkan lelaki yg baik, aku seharusnya jadi lebih baik..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
(hanya kerana satey kajang tuuuu…timbul persoalan ni..) Siapakah dirimu ? Yang mana satukah dirimu ? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku ? Adakah kau belum hadir dalam hidupku ? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah ? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku ? Hanya Allah yang tahu. Pengetahuan Allah meliputi seluruh alam.

Conclusionnyer… tak ada apa yang perlu difikirkan.. (^_^) biarlah ia hilang, seandainya miliku, pastinya akan jadi miliku.. ~lalalalaalalalala…sasau sudah!

(((_)))

Riang bergelak tawa burung-burung kuning merah tu, comel sgt.. biawak @ 'jewok' sibuk duk kejar2 burung gembala kerbau tu, jatuh cinta agaknya. inilah kehidupan yang kita sendiri susah nak duga apa yang akan berlaku. Hari ni cuaca sgt2 panas, trasa diri ingin menyelam di lautan salji yang berais, menghirup kesejukan udara nan bersih.. wahhh, pasti sejuk kn..

Hari yang ke 35 dah, cepat sgt masa berlalu, seperti apa yang sering diucapkan, "masa mencemburui kita" atau yang sebenarnya kita yang tak pandai nak cemburu dgn masa. tiada apa lagi yang ingin difikirkan, sesungguhnya  pokok-pokok "moktam" yang menjadi saksi bila otak ligat berkilat memikir, termenung pabila melihatnya.. sehinggakan dahan2nya patah tetap juga tak jemu menanti untuk tenunganku.

apa yang telah terjadi sebenarnya, sehingga aku sukar untuk menduga. pergi tanpa tanda, adakah muncul dia nanti bertanda.. huuuu.. sedih.. (Y_Y).. (tetiba part sedih).. tolong laaaa...

Pokok "moktam" tu sebenarnya pokok rambutan, bak kata seorang kawan mase orientasi dlu, "banyaknye moktam kat dusun ni"..hikhikhik.. cakap luar habis, tp kuar jugak dialek kelantan 2.. Moktammmm!!.. sayang, tak berbuah sem ni, xd yang merah2 lagi.. hmmm...

sy ada Allah yang sentiasa ada bersama, ibu ayah yang seringkali call, memberi nasihat...saya ada kakak2 yang baik walaupun kadang2 stress..(ngeeeee~), saya ada abg yang baik.. adakah saya masih perlu bersedih..? Allah bg ujian yang kecik pun dah nak mengeluh kita kn.. orang yang lagi sengsara lagi tabah dari kita, kenapa? sbb kebergantungan sepenuhnya kpd Allah, janji Allah itu pasti, benar... Ingatlah Allah tak akan uji kita kalau Dia tahu kita tak mampu. (kembalikan semangat).. ntah pape...

Actually, tak tahu apa topic hari ni, yang baik jadikan teladan, yang buruk tu buat tak tahu je ea. I don't know what I know.. I don't think what I want think..

Khamis, 22 Mac 2012


"Jangan BERKECIL HATI jika orang lain salah faham pada kita..kerana Allah faham akan isi hati kita. jangan gusar jika ada yang MENGHAKIMI kita kerana tiada hakim sebaik Allah..ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah BERSAMA kita..dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya AMAL yang setia bersama kita..tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini TERIKAT pada cinta kepada Allah dan Rasulnya.."

~~>Maka, TINGGALKAN KEPAYAHAN..BUANG segala penderitaan, SENYUMAN sahaja kekal untuk masa hadapan..ternyata, diri masih lagi manusia DINGIN yang punyai perasaan..

Isnin, 19 Mac 2012

ayat klise..

Ayat yang slalu dijanjikan oleh lelaki kepada seorang atau lebih perempuan... hmmm... adakah anda sebagai perempuan mempercayai semua kata2 lelaki yang baru atau sudah lama anda kenali?.. ayat yang biasa diungkapkn sebenarnya dah terlalu klise.. ape itu klise? hmmmm..(berfikir)

(terus tukar topic..) =P 'klise' dipinjam daripada bahasa Inggeris, cliche yang membawa maksud sesuatu idea atau perlakuan yang diulang-ulang penggunaannya tanpa memberikan satu tafsiran baru. Pengulangan ini dilakukan kerana adanya sedikit kemalasan untuk menggerakkan minda supaya berkerja bagi mendapatkan sesuatu yang segar dan lebih menarik daripada sesuatu yang sekian lama dilakukan. 

salah satu cth ayat yang sering kali diungkapkan dgn pelbagai mimik muka yang kononnya macho itu ialah.... 
"abg akan kotakan jnji abg kat ayg,
akan abg usahakan agr hubungan kita ini dpt berkekalan smpai ble2

abg xnk ayg nangis, abg akan cuba membahagiakn ayg, cuba mgembirakan ayg semampu yg blehh...abg t'lampau myayangi ayg lbih drp myanyangi diri abg sendiri..abg nk ayg jd isteri abg..abg xbleh buat ape2 bla ayg xde sisi abg..."

"abg akan tunggu ayg shingga kita di ijab kabul kann....ayg,abg akan tetap syg dan cinta kt ayg smpai ble2 slagi abg masih brnywa.....abg jnji pd ayg....."

(jangan ditanya dari siapa sy copy) hikhikhik.. tak ada kaitan dgn yg hdup mahupun yg telah meninggal dunia..


bagi setiap yang dengar pasti akan termakan dgn 'kelembutan' ayat itu... tapi sedarkah kita. adakah ayat itu  dituju khas n  ikhlas dari hati si dia kpd kta, mungkin juga kta orang pertama, atau orang yang k10 mendegar ayat2 sebegitu.... sebenarnya ayat sebegitu juga bleh membawa kpd zina hati.. Nauzubillah.... harap dijauhkan.. 


jangan memberi sepenuhnya kepercayaan kepada yang bukan hak kta.. Jangan mudah melafaz kasih, Kasih itu pada siapa, Jangan mudah melafaz sayang, Sayang itu untuk siapa, Jangan mudah melafaz cinta, Cinta itu pada Yang Esa, Cinta bunga,bungakan layuCintakan manusia kan pergi... (berfikir sejenak..)

Sabtu, 17 Mac 2012

Stop it!!

Tolong aku Ya Allah, jauhkanlah aku darinya kerana ia akan memudaratkan emosiku.. xmoo ingat lagi...xmoooo..xmooo.. (T_T) sampaikan nak senyum n gelak pun macam dh tak ikhlas dah.. pergilah awk! dr hidup sy.................................jgn bayangi mimpi malam sy lagi. 

sesungguhnya aku tak kuat Ya Allah, trasa hati digigit-gigit. hmmmm! (hahahahaha)~ sabar....


Ya ALLAH, wahai yang memudahkan segala yang sukar
Wahai yang menyambung segala yang patah
Wahai yang menemani semua yang tersendiri
Wahai pengaman segala yang takut
Wahai penguat segala yang lemah
Mudah bagimu memudahkan segala yang susah
Wahai yang tiada memerlukan penjelasan dan penafsiran
kuatkanlah aku Ya Allah kerana hanya ENGKAU yang lebih tahu.
Ameen Ya RABB..

dingin malam..

malam yang sepi..

mencari ketenangan untuk mencurahkan idea yang ingin digempakkan di kertas putih helaian thesis.. huhuhu.. Ya Allah, sukar untuk mendapat idea malam ni. ku ingin mengarang secara berilmiah dengan fakta yang betul dan jelas, bukan untuk menggoreng dengan ajaran tipuan atau sesatan..

dalam berfikir, teringat akan seorang hamba Allah yang pernah ku benci, astaghfirullah hal azim.. mungkin itu dulu, tapi sekarang tak lagi.. mendengar kisah2nya dari hari ke hari, dia telah dilanda sindrom cinta terlampau. bahaya! cinta itu akan memakan diri sendiri kalau tidak dipandu dengan iman. akan hanyut bila tidak dilandasi syariat.. "kami" disini hanya kakak angkat yang tak berapa nak terangkat bila menasihat, jangan harapkan nasihat............................................... (hhmmm)..

cerita ini bukan antara si dara dan si teruna, cerita ini bukan cerita kegagalan cinta, cerita ini juga bukan menceritakan keburukkan cinta, dan bukan juga ingin memburukkan pasangan bercinta bagai nak rakkk.. tapi tentang sedarlah...bukan itu yang kita cari disini.. bukan itu yang kita kejar.. kalau kta tidak bijak untuk bercinta, lupakanlah sementara cinta itu, kerana ia akan memusnahkan hidup kta walaupun hanya akan meninggalkan setitik dakwat hitam di hati yang putih tatkala kta gagal dalam bercinta, tetapi sebenarnya itu sudah cukup untuk mematangkan kita tentang cinta sementara yang masih tiada ikatan yang sah..


Katakanlah dalam wudhu mu

Ya Allah…
Sucikanlah hatiku daripada sebarang dosa
Dosa-dosa yang bisa melalaikan diriku
Dari terus mengingati dia
Ampunilah dosaku Ya Allah

Ya Allah…
Sucikanlah setiap perkataanku
Dari mengatakan sesuatu yang kau cegah
Dan latihkanlah lidahku
Untuk terus menyebut namamu
Agar diriku terus mengingatimu

Ya Allah…
Masukkanlah aku dalam golongan-golongan
Mereka yang menghidu wangian syurga
Sesungguhnya setiap insan menginginkan syurgaMu

Ya Allah…
Lindungilah aku dari melihat maksiat
Yang bisa meruntuhkan akhlakku
Sebagai seorang muslim sejati
Dan sucikanlah wajahku dari pandagan keji manusia
Agar aku terus dalam keimananMu

Ya Allah…
Peliharalah kedua tanganku dari menyentuh
Najis maksiat
Sesungguhnya Engkau murka terhadap
Insan yang menyentuh maksiat

Ya Allah…
Sucikanlah fikiranku dari segala kekotoran
Yang bisa merosak keimananku
Agar diriku tidak terjerumus dalam lembah kehinaan

Ya Allah…
Lindungilah kedua telinggaku
Dari mendengar perkara-perkara maksiat
Agar hati suciku terjaga dari kemungkaran

Ya Allah…
Kaki adalah berperanan
Mengerakkan tubuh badanku
Maka dengan itu lindungilah kakiku
Dari melangkah kea rah kemaksiatan yang durjana
Agar terpancarnya terus sinar keimanan terhadapku

Ya Allah…
Hanya padaMu kubermohon
Kerna hanya Engkaulah tuhan yang Satu
Pencipta sekalian alam
Maka dengan sesungguhnya
Kabulkanlah doa ummat Mu ini


Amin Yarobbal Alamin…






Teman sejati..

Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui




Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita




Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...



KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Jumaat, 16 Mac 2012

Cahaya..

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." 
(Surah ali-Imran, ayat 110)

17 Golongan Mendapat Hidayah Disebut Dalam Al-Quran 
1-Satu kewajipan pada Allah SWT yang perlu disempurnakan. Surah Al-Lail, ayat : 12.
"Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah)."
2-Hidayah terdapat dimana-mana dan dapat menyelamatkan manusia. Surah Taha, ayat 10 dan 20.
Ketika ia melihat api, lalu berkatalah ia kepada isterinya: "Berhentilah! Sesungguhnya aku ada melihat api semoga aku dapat membawa kepada kamu satu cucuhan daripadanya, atau aku dapat di tempat api itu: penunjuk jalan.
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
3-Hidayah tidak akan diberi kepada kaum yang telah disesatkan. Surah An-Nahl, ayat : 37.
Jika engkau (wahai Muhammad) terlalu tamak (inginkan mereka beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang berhak disesatkanNya; dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan.
4-Hidayah daripada Allah SWT adalah amat benar. Surah Al-Baqarah, ayat : 120 dan Surah Ali Imran, ayat : 73.
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya.
5-Hidayah akan membawa ke Jalan Yang Lurus. Surah Al-Anam, ayat :87 dan 88.
Dan (Kami juga lebihkan darjat) sebahagian daripada datuk nenek mereka, dan keturunan mereka, dan mereka, dan keturunan mereka, dan saudara-saudara mereka; dan Kami telah pilih mereka, serta Kami tunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
Yang demikian itu ialah petunjuk Allah, yang dengannya Ia memimpin sesiapa yang dihendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kalau mereka sekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain) nescaya gugurlah dari mereka, apa yang mereka telah lakukan (dari amal-amal yang baik).
6-Hidayah daripada Allah SWT memerlukan penjelasan daripada Allah SWT. Surah An-Nisa', ayat : 115.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
7-Hidayah akan mudah diterima jika tidak ada perkara yang menghalang. Surah Al-Kahfi, ayat : 57.
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
8-Orang yang mendapat hidayah akan bertambah ketaqwaan atau perasaan takut kepada Allah SWT. Surah  Muhammad, ayat : 17.
Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.
9-Hidayah tidak akan diberikan kepada mereka yang memiliki sifat zalim. Surah  Al-Qasas, ayat : 50.
Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
10-Tidak semua manusia yang akan mendapat Hidayah daripada Allah SWT, hanya mereka yang dipilih oleh Allah SWT sahaja yang akan mendapat hidayah daripada Allah SWT. Surah Al-An'am, ayat : 35.
Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil.
11-Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah maka dia lah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati bagi mereka, penolong-penolong yang lain daripadaNya. Dan Kami akan himpunkan mereka pada hari kiamat (dengan menyeret mereka masing-masing) atas mukanya, dalam keadaan buta, bisu dan pekak; tempat kediaman mereka: neraka Jahannam; tiap-tiap kali malap julangan apinya, Kami tambahi mereka dengan api yang menjulang-julang.
12-Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik – derhaka
13-Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
14-Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku dilarang menyembah mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah". Katakanlah lagi: "Aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu, kerana kalau aku turut, sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku dari orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk".
Katakanlah: "Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau Ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah – berpuak-puak, dan Ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian yang lain". Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran Kami) dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.
15-Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.Surah Al-An'am ayat 140.
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.
16-Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
17-Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu -
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".




Imam Jaafar Bin Muhammad berpendapat bahawa cahaya itu terbahagi kepada
beberapa bahagian. Antara lain cahaya penjagaan hati, cahaya ketakutan, cahaya 
pengharapan, cahaya kecintaan, cahaya tafakkur, cahaya keyakinan, cahaya 
peringatan, cahaya ilmu, cahaya perasaan malu, cahaya kemanisan iman, cahaya 
Islam, cahaya Ihsan, cahaya kenikmatan, cahaya pemberian, cahaya nikmat,
cahaya kemurahan hati, cahaya kelembutan, cahaya ketenangan, cahaya
kemuliaan, cahaya kekuasaan, cahaya keadilan, cahaya kehaibahan, cahaya yang 
kekal, cahaya tersendiri, cahaya kesempurnaan dan cahaya azali.