Khamis, 8 November 2012

Luahan hati seorang teman..


Aku tak akan sekali2 menyesal dengan apa yg pernah terjadi antara kita, kerana aku yakin, Allah telah tentukan yg terbaik untuk kita, pengenalan 4 tahun bnyak mengajar erti  kehidupan ini. kau mengajar aku erti kedewasaan, erti  berdikari, erti keberanian dalam bertindak.. terima kasih abang, walaupun dirimu sudah pergi, ku doakan yg terbaik. Ujian Allah amat berat untuk kita, terutama dirimu. Dan aku tahu yg kau tahu, Allah sedang menguji kita, merubah kau mungkin.. kerana ujian ini jugalah aku yakin yg kau berubah keranaNYA. Semoga kau sentiasa dalam lindungan Allah. Tiada pengganti yg dpt menggatikanmu, kerana dirimu adalah dirimu, yg pernah berharga untuk diriku.. huhu.. ~serius, aku merindui segala2nya tentangmu, especially, perhatian dn sokonganmu sehingga ak terus blajar di peringkat master pd hari ini.. (T_T) air mataku mengalir saat ini, bukan kerana ditinggalkn, tp aku blum sempat meluahkn segala2nya tentang isi hatiku yg sebenar kpdmu…- =)

Selasa, 5 Jun 2012

Hebatnya Wanita kerana Allah..



Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka... KAYU YANG BENGKOK TIDAK AKAN MENGHASILKAN BAYANG-BAYANG YANG LURUS... 


~Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah... Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. 


~Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya... JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, nanti mereka semakin liar... Jangan hiburkan mereka dengan KECANTIKAN, nanti mereka semakin menderita... Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu.... Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. ... Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.... 

~Bisikkan ke telinga mereka bahawa KELEMBUTAN BUKAN SUATU KELEMAHAN... Itu bukan diskriminasi Tuhan... Sebaliknya, di situlah kasih sayang Tuhan, kerana RAHIM WANITA YANG LEMBUT itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan sebagainya....


WANITA YANG LUPA HAKIKAT KEJADIANNYA, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan... Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan... LEBIH RAMAI LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki.... Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki... Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan... Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.... Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa.... 

Para lelaki pula JANGAN HANYA MENGHARAP KETAATAN, tetapi binalah KEPIMPINAN... Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.... Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita... JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI...

Isnin, 28 Mei 2012

Lafaz Sakinah itu...

Tahniah abg, kerana telah selamat melafazkan akad nikah di Masjid Kg. Pelet Pulau Pinang. Dengan debar aku menunggu lafazmu abg, melihat berdebarnye engkau disitu.. =P akhirnya, kak marsita telah mnjadi hak mutlak mu.. semoga mejadi suami yang soleh, bapa yang mithali.. dan ku harapkan perkahwinanmu ini berkekalan hingga ke syurga... sedih... terasa kehilangan abgku yg sorang. Pape pun, Tahniah bro!!!

Khamis, 26 April 2012

tiiitiiiikkk..

... ... ... titik-titik hitam..
. satu titik yang kecil mampu diserlahkan dengan permukaan yang putih..
betul kan?.. kain yang putih perlu dicorakkan..
oleh siapa?
ibu bapa? diri sendiri?
belajar untuk bijak berfikir,
isu yang kecil, hanya soal titik...
dan hanya kerana satu titik itu boleh hancurkan sebuah kehidupan..
titik apa ya?
-titik-titik noda- jaga hati, hiasi peribadi... selangkah kita tersilap, boleh patah balik, tapi keadaannya pasti akan berbeza...


Ahad, 22 April 2012

saya bahagia..

Sy sgt2 mencintai mereka, cinta yg diberikan Allah tulus suci dari hati sy untuk mereka... mereka ada bila sy menangis, mereka ada bila sy sakit, mereka ada bila sy keliru.. mereka ada bila sy gembira.. sy mencintai mereka.. sy berhenti mencintai yg bukan hak sy kerana Allah, juga kerana sy mencintai mereka, mereka yg bg sy kekuatan, bukan si dia... alhamdulillah, tanpa dia, sy tetap gembira dgn adanya mereka disisi..



Hari ni, kwn syorkan tudung labuh, trasa nak beli, kuat hati trtarik dgn kain 2.. akhirnya beli, adakah doa kembali brtudung labuh telah  dimakbulkan Allah, Ya Allah, hidayah 2 buat aku tenang..

Hidayah semakin hari, semakin ku rasai.. bermula putusnya hubungan sy dgn si dia, bukan kerana hlangnya rasa cinta, tetapi cinta Allah i2 melebihi dr segalanya, dan mungkin juga tiada jodoh. jika malam ni aku melihat bulan yg satu, aku juga mengharapkan dia melihat bulan tersebut.. bila aku mula kembali mendekatkan diri kpd Allah Tuhan yg satu, aku juga mngharapkan dia begitu... 
Berbalik kpd hidayah Allah, berlaku beberapa kjadian yg tak dijangka, berlaku pula khilangan hp, sy mula trfikir.. mungkin aku ada silap dgn Allah, mungkin amalan aku semakin berkurang..Allah nk uji bg aku sedar.. Ya Allah, Maha Suci Engkau, alhamdulillah.. hidayah Allah.. moga sy terus berada di jalanNya.. ameen..

Jumaat, 20 April 2012

Cik Pencuri

(T_T) handphone sy dicuri..
perasaan: sangat-sangat terklian...

sanggup cik pencuri ambik hp sy tanpa kebenaran.. apa salah saya pada cik pencuri ya?
berani cik pencuri masuk bilik sy dalam keadaan sy tidur.. cik pencuri tak takut kt Allah ke?

syaitan bertopengkan manusia ke cik pencuri ni? tak fikir kesusahan org lain, sy tak akan maafkan smpai bila-bila...!

Rabu, 18 April 2012

Tiramisu..




Nama Kek: tiramisu Saiful yg sedap.. (^_^).. tiap2 hari mengidam nk mkn kek..  

BAHAN-BAHAN SPONGE CAKE:

175gm butter
200gm gula castor (kurangkan sikit gula, nanti manis sangat)
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
280gm tepung gandum
1 sudu teh baking soda
sedikit garam


BAHAN-BAHAN TIRAMISU:

250ml whipping cream 
200ml cream cheese  
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas
1 sudu besar serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan ( kalau nak)

~bak kata dia, fikir sendiri mcm mana nk buat~.. =P